Rahasia Masjidil Aqsa yang Sekarang

Posted: September 9, 2010 in Pengetahuan UMUM, Tahukah kamu?
Atas : Inilah gambar Masjidil Aqsa yang sebenar

Atas :

Ini adalah Masjid Umar atau Kubbah As Sakhrah (Dome of the Rock). Ramaiyang tersalah anggap masjid ini sebagai Masjidil Aqsa. Sebenarnya ini adalah strategi Yahudi untuk mengabui mata umat Islam kerana merekaakan memusnahkan Masjidil Aqsa yang sebenar tidak lama lagi. Bagimereka yang tidak tahu, akan menganggap Masjid Al-Aqsa masih kekal dantidak dimusnahkan oleh Yahudi.
Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Melihatpada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid diatas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akandapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agaksamar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah MasjidAl-Aqsa yang sebenarnya.Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertamabagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah AllahSWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yangdemikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukanUmat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa.

Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan MasjidilAqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dansukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakinmudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihatpula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa padajarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yangmengenal Manikam .


Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikutdisertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkanoleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang “Al-Dastour” harian.Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa.Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsadan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsadi dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of TheRock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagimengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel.Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telahdimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkangambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim.Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikansecara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja.Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran MasjidAl-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya danmembina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar TheDome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa.

Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasaamat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim,bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapatmembezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkansaya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjayadalam perancangan mereka. Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub AssociateProfessor, Mathematics Zayed University Dubai

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s